Sebelum ini, HP Malaysia telah mensasarkan untuk melancarkan TouchPad di Malaysia dalam masa beberapa bulan lagi, namun kini ianya tidak pasti lagi samada adakah mereka akan melancarkan tablet webOS mereka untuk pasaran Malaysia, ataupun sebaliknya, berikutan dengan pengumuman mereka untuk menghentikan pengeluaran peranti webOS lagi selepas ini.
Di rantau Asia Tenggara, HP baru-baru ini telah melancarkannya di Singapura pada 12 Ogos yang lalu, pada harga bermula S$699. Melalui TouchPad, HP membawakan skrin seluas 9.7-inci, cip pemprosesan 1.2GHz, kamera hadapan 1.3-megapixel, memori 1GB RAM, dan menggunakan platform webOS yang kelihatan amat menarik sekali.
Kini, selepas pengumuman HP untuk menamatkan pengeluaran tablet dan telefon pintar webOS, mereka telah memulakan jualan penghabisan stok untuk tablet mereka, dimana diluar negara, ianya dijual pada harga serendah $99. Ianya pada masa yang sama, seperti memperlihatkan yang mana HP tidak akan melancarkan tablet webOS mereka itu dipasaran-pasaran lain walaupun ianya diminati ramai di sekitar Asia.
Pada masa yang sama, ianya turut diperkatakan yang mana berkemungkinan HP akan menjual platform webOS ataupun melesenkannya kepada pihak ketiga tidak lama lagi, memperlihatkan yang mana platform webOS tidak akan ditamatkan dengan pantas. Ianya juga kelihatan yang mana berkemungkinan HP TouchPad seperti tidak akan dilancarkan di Malaysia.
Jadi, apa kata anda?