Facebook Memperkenalkan Bahagian Menu Yang Lebih Kemas Dan Teratur

Facebook Memperkenalkan Bahagian Menu Yang Lebih Kemas Dan Teratur

Diterbitkan pada Ogos 20, 2011 oleh .

Setelah sekian lama, kini Facebook seperti telah mengemaskini bahagian menu mereka kepada semua penggunanya, dimana kini ianya diperlihatkan dalam bentuk yang lebih kemas dan teratur berbanding sebelumnya, selain turut sama menyertakan akses pantas ke halaman Fan Page.

Akses pantas juga diperlihatkan bersebelahan dengan setiap Groups dan juga Pages, membolehkan para pengguna mengubah tetapan, ataupun keluar daripada kumpulan tersebut dengan mudah dan senang.

Selain daripada itu, tiada sebarang perubahan drastik yang diperlihatkan. Sebelum ini, ianya juga dapat dilihat yang mana Facebook turut sama menguji fungsi Ticker secara lebih meluas, membolehkan para pengguna mengikuti pelbagai perkembangan dalam masa-nyata, terus melalui suatu halaman sahaja. Namun begitu, ianya menerima kritikan ramai pengguna, dan ramai yang tidak mengemarkan fungsi tersebut.


TIPS & ULASAN