Menariknya mengenai sesetengah laman web adalah dimana ianya sering menyembunyikan beberapa perkara yang dipanggil Easter Egg. Sebagai contoh, pada laman Yahoo!, para pengguna boleh klik pada tanda seru, yang akan memainkan bunyi Yahoo!. Dan, kini ianya dilihat yang mana WordPress turut menyertakan Easter Egg-nya yang tersendiri.
Untuk melihatnya sendiri, para pengguna hanya perlu membandingkan dua WordPress Post Revision yang dilakukan oleh anda, dengan memilih sebarang artikel, dan klik pada sebarang Revisions pada bahagian bawahnya. Seterusnya pada halaman baru yang dibuka, para pengguna hanya perlu memilih tetapan yang sama untuk Old dan New, dan seterusnya klik butang untuk membandingkannya.
Seterusnya, anda dapat melihat sendiri Easter Egg yang didatangkan bersama-sama pada WordPress. Menarik bukan?