Cari @ Amanz

Microsoft hari ini telah pun mengesahkan melalui akaun Twitter mereka, dimana versi pembangunan dan percubaan Windows 8 mereka kelak akan boleh diakses dengan mudah oleh semua pengguna, dan tidak hanya dikhaskan untuk pembangun dan sebagainya. Ianya dijangka Microsoft akan mengeluarkannya versi pembangunan mereka sekitar bulan September kelak.

Sebelum ini, ianya dijangka yang mana Microsoft bakal mengeluarkan versi beta sekitar September, namun ianya mungkin terpaksa ditangguhkan, dan Microsoft hanya akan melepaskan versi pra-Windows 8 pada acara BUILD kelak. Berkemungkinan, pelbagai fungsi baru yang bakal didatangkan bersama-sama dengan Windows 8 turut sama akan diketahui pada acara tersebut.

Sementara menunggu pelancaran tersebut, mungkin para pengguna yang berminat dengan pembangunan Windows 8, boleh mengikuti perkembangannya melalui blog rasmi mereka.

Folks asking about getting pre-release bits…we promise it will be easy and not a secret.less than a minute ago via Twitter for Windows Phone Favorite Retweet Reply

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd