Lebih 65,000 Buah Kamera Terjual Setiap Bulan Di Malaysia

Lebih 65,000 Buah Kamera Terjual Setiap Bulan Di Malaysia

Diterbitkan pada Ogos 21, 2011 oleh .

Selain daripada telefon pintar, salah satu peranti yang digemari ramai oleh para pengguna tempatan adalah kamera. Kini, Samsung Malaysia mengatakan yang mana di Malaysia sahaja, setiap bulan, hampir 65,000 kamera terjual, memperlihatkan suatu angka yang amat besar sekali.

Walaubagaimanapun, penembusan pasaran untuk kamera di Malaysia masih lagi rendah, iaitu sekitar 30%, tetapi jualan sebanyak 65000 buah kamera sebulan adalah suatu angka yang tinggi. Daripada jualan tersebut, sebanyak 50,000 dikatakan adalah kamera kompak biasa, dan selebihnya, iaitu lebih 15,000 adalah kamera DSLR dan yang sewaktu dengannya.

Perkara ini juga pada masa yang sama memberikan peluang yang lebih luas kepada para pengeluar untuk membuat pemasaran dan menjual kamera keluaran mereka di pasaran tempatan. Apatah lagi, akhir-akhir ini, jualan kamera DSLR semakin meningkat popularitinya, dimana selain merakamkan gambar, ianya turut digunakan dalam membangunkan video dan sebagainya.


TIPS & ULASAN