Dengan dunia yang beralih memfokuskan kepada perkomputeran awan, kini Maxis turut sama menyertainya, dimana mereka bakal melancarkan perkhidmatan perkomputeran awan mereka yang difokuskan kepada organisasi dan perniagaan pada minggu hadapan. Mereka dijangka akan mengumumkan kerjasama mereka bersama-sama dengan pihak MDeC pada hari Isnin akan datang ini.
Melalui Maxis Cloud, mereka menyediakan infrastruktur yang berasaskan perkomputeran awan kepada para pelanggan mereka, dimana tiga pakej khas disediakan, memfokuskan sepenuhnya kepada organisasi dan perniagaan, dimana ianya bermula daripada serendah RM900 sebulan untuk hos emel dan sebagainya, sehingga kepada pakej RM1900 yang membolehkan anda menjalankan pelbagai pangakalan data melaluinya.
Buat masa ini, pusat data Maxis terletak di iCity, Shah Alam, membolehkan para pelanggan mereka mengaksesnya dengan mudah dari pelbagai lokasi. Lebih banyak maklumat berkaitan Maxis Cloud ini dijangka akan diumumkan pada hari Isnin ini. Sama-sama kita nantikannya.