Setelah musim telefon pintar, kini satu demi satu pengeluar mula mengeluarkan peranti dengan sokongan 3D. Di Malaysia sahaja, terdapatnya LG Optimus Pad 3D dan juga baru-baru ini HTC Evo 3D, dan melalui artikel ini, kami memperlihatkan Sharp Aquos SH12-C diperlihatkan, namun ianya masih tidak diketahui adakah ianya akan memasuki pasaran Malaysia ataupun tidak.
Melalui Sharp Aquos ini, ianya menggunakan platform Android 2.3 Gingerbread sebagai sistem operasinya, dan menyokong pelbagai aplikasi dalam bentuk 3D. Ianya turut didatangkan bersama-sama dengan cip pemprosesan 1.4GHz Qualcomm, dan kamera 8-megapixel dengan sokongan rakaman 3D dan juga 2D.
Menariknya pada peranti ini adalah dimana ianya turut didatangkan bersama-sama skrin 4.2-inci qHD dengan resolusi 960×540 serta menyokong penuh 3D. Para pengguna tidak perlu menggunakan sebarang aksesori tambahan untuk melihatnya dalam bentuk 3D, namun perlu memastikan pandangan selari pada peranti tersebut, ataupun sebaliknya, fungsi dan pandangan 3D tidak dapat dilihat sepenuhnya.
Buat masa ini, ianya hanya dijual dipasaran Jepun sahaja, dan masih tiada sebarang pengumuman samada adakah ianya akan memasuki arena Malaysia ataupun tidak.