Cari @ Amanz

TechTrollSyarikat pembuat kamera tershor dunia Canon hari ini memperlihatkan penyesuai yang mampu mengubah kamera DSLR menjadi sebuah telefon pintar. Penyesuai yang diberikan nama Canon iP Mark II  ini boleh dipasang pada bahagian bawah kamera seperti sebuah pek bateri kamera biasa. Didalam sidang pratonton ekslusif bersama Amanz.my semalam Encik Hidetoshi Nakata, pengurus besar pembangunan produk Canon Malaysia sempat memperlihatkan keupayaan penyesuai Canon iP Mark II kepada kami. Sebuah kamera DSLR EOS 7D dengan mudah diubah menjadi sebuah telefon pintar yang menggunakan perisian mobil Android. Paparan LCD dibelakang DSLR secara automatik berubah menjadi paparan sesentuh. Ketika sesi pra-tonton ini Encik Hidetoshi sempat berkata:

 “Kami di Canon tidak berpuas hari melihat pengguna iPhone4 menggunakan penyesuai murahan untuk menggunakan lensa DSLR kami pada kamera pintar mereka.  Rasa terhina lensa tahap dunia kami kemudian dipersalahkan bukannya Apple apabila gambar yang diambil dengan penyesuai itu tidak cantik. Sebagai cara menghentikan penggunaan lensa kami pada telefon pintar secara semberono,  kami rasa adalah lebih baik kami keluarkan penyesuai DSLR kepada telefon kami sendiri. Membuat telefonjauh  lebih mudah dari alatan optik berkeupayaan tingg kami”

Canon iP Mark II akan dijual kepada umum Oktober depan dengan harga saranan RM1000. Android versi Froyo pula akan digunakan sebagai perisian mobil mereka dan kemas kini Gingerbread akan dilepaskan sebelem hujung tahun ini. Canon iP Mark I boleh menggunakan semua kad sim saiz biasa yang digunakan kesemua syarikat komunikasi di Malaysia. Canon juga mengesahkan mereka sudah bekerjasama secara ekslusif dengan frankais FOTOKEM untuk menjual Canon iP Mark II dikedai-kedai milik mereka. Sebelum sesi pratonton berakhir Encik Hidetoshi sempat berseloroh;

“Canon iP Mark II ialah alat yang sangat revolutionary.. Ini mengubah segalanya. Kini DSLRfags tidak perlu rasa malu menggantung DSLR mereka pada leher. Kamera mereka yang beharga 4 kali iPhone4 kini juga boleh digunakan sebagai telefon disamping mengambil gambar yang sejuta kali lebih cantik dari apa yang mampu diambil oleh iPhone4”

Spesifikasi Canon iP Mark II
Teknologi  Rangkaian : GSM: 850, 900, 1800, 1900
UMTS: 900, 1900, 2100
HSPA: (HSDPA 7.2 Mbit/s) ,HSUPA 5.76 Mbit/
Pemproses :  Snapdragon 1.2 GHZ
Perisian : Android Froyo 2.2.5
Pemain MP3 : Tiada
Keupayaan Video : Bergantung pada kamera
Death Grip : Tiada



© 2024 Amanz Media Sdn Bhd