Seperti mana yang kami katakan sebelum ini, kini aplikasi Maybank untuk iPad telah pun dilancarkan, dan sudah boleh dimuat-turun melalui AppStore secara percuma bermula hari ini. Sama seperti aplikasi untuk iPhone-nya, aplikasi Maybank untuk iPad turut sama membawakan beberapa kebolehan perbankan internet pantas melalui aplikasi tersebut.
Antara fungsi asas yang boleh dilakukan padanya adalah termasuk sokongan untuk menyemak ringkasan akaun, melihat transaksi semasa dan sebelum-sebelum ini, memindah wang ke akaun Maybank dan bank lain, membayar bil semasa, menambah nilai prabayar, serta membuat pengiraan pertukaran wang asing.
Bagi para pemilik iPad yang berminat, anda boleh memuat-turun aplikasi tersebut terus melalui AppStore, dan mula mengujinya hari ini.
Tips awal daripada @khydir