Dengan dunia perniagaan atas talian di Malaysia yang semakin berkembang, kini laman-laman yang menyediakan perkhidmatan seumpamanya turut sama meningkat, dimana terkini laman CarDealer.my dilancarkan, yang mana merupakan salah satu projek yang dibangunkan oleh pembangun disebalik Lobang.my.
Seperti mana pada namanya, CarDealer.my menumpukan sepenuhnya pada jual-beli barangan berkaitan dengan kenderaan, daripada aksesori ke pembelian kereta itu sendiri. Buat masa ini, senarai yang kelihatan pada halaman tersebut masih lagi rendah, dan mungkin akan berkembang dalam masa terdekat dengan pelbagai pasaran yang dilakukan oleh mereka.
CarDealer.my juga turut sama menggunakan platform WordPress dalam pembangunan laman mereka, dan membolehkan para pengguna mendaftarkan diri menggunakan akaun Facebook untuk menghantar iklan di laman tersebut.