Carian
Skype Mengambil-Alih Aplikasi Permesejan GroupMe
August 22, 2011 Aman

Baru-baru ini, seperti semua sedia maklum, aplikasi GroupMe telah pun mula menyokong para pengguna tempatan. Kini menariknya dimana syarikat panggilan video internet terkemuka, iaitu Skype telah pun secara rasminya mengumumkan pengambil-alihan GroupMe, dan ianya diperkatakan Skype membayar sehingga $85 juta untuknya.

Melalui GroupMe, ianya membolehkan para pengguna untuk berhubung dengan berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka dalam bentuk kumpulan dengan mudah, samada melalui teks mahupun melalui panggilan suara. Dalam bulan-bulan akan datang, mungkin kita akan dapat melihat pelbagai fungsi pada GroupMe mula diintegrasikan pada Skype sekalius menjadikan Skype lebih menarik lagi.

Ianya diperkatakan yang mana GroupMe akan kekal sebagai sebuah jenama berasingan buat masa ini. Pada masa yang sama, Skype juga turut sama sedang menunggu pengesahan penuh pengambil-alihan mereka oleh Microsoft.

Komen