Carian
Sebutan Audio Diperlihatkan Pada Halaman Carian Google
August 22, 2011 Aman

Sedikit demi sedikit fungsi baru ditambah oleh Google pada halaman keputusan carian mereka, dan terkini, mereka mengintegrasikan fungsi untuk sebutan sesuatu perkataan itu dengan pantas terus melalui halaman carian, sekaligus memudahkan para pengguna mengetahui bagaimanakah menyebut sesuatu perkataan. Buat masa ini, ianya hanya menyokong perkataan bahasa Inggeris sahaja.

Fungsi ini telah pun lama terdapat pada Google, tetapi memerlukan para pengguna klik pada pautan Google Dictionary terlebih dahulu untuk melihatnya. Namun, kini tidak lagi diperlukan untuk klik, sebaliknya Google menyediakan pautan pantas pada halaman carian mereka sendiri.

Buat masa ini, ianya hanya disokong pada desktop sahaja, dan mungkin akan diperluaskan tidak lama lagi.

Komen