Cari @ Amanz

Maxis Mula Menawarkan Perkhidmatan Jalur-Lebar Berkelajuan Tinggi Untuk Pengguna Perniagaan

Oleh Aman

Link Copied!

Setelah memperkenalkan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi kepada para pengguna umum, kini Maxis melangkah setapak kehadapan lagi dengan menawarkan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka kepada para pengguna perniagaan, dimana sebanyak 4 pakej berbeza ditawarkan bermula daripada serendah 4Mbps.

Ianya juga menawarkan pakej berkelajuan tinggi sehingga 32Mbps pada harga RM988 sebulan berbanding dengan pakej perniagaan tertinggi untuk TM UniFi yang hanya pada 20Mbps sebulan pada RM899. Sebelum ini juga, Maxis turut sama telah mengumumkan kerjasama bersama-sama pihak TM, sekaligus membawakan kawasan liputan mereka sama dengan kawasan liputan yang ditawarkan oleh TM.

Selain itu, ianya juga kelihatan yang mana kini Maxis mula menawarkan pelbagai perkhidmatan untuk pengguna perniagaan, dimana sebelum ini, mereka mula memperkenalkan perkhidmatan Maxis Cloud mereka.

Namun begitu, sehingga kini, kami masih belum mendengar sebarang maklumbalas daripada pengguna yang menggunakan perkhidmatan internet jalur-lebar berkelajuan tinggi daripada Maxis.


Komen ()