LG Electronics hari ini mengumumkan peranti terbaru dalam keluarga LG Optimus, iaitu LG Optimus Sol, dimana seperti telefon pintar Optimus yang lain, ianya turut menggunakan Android, iaitu Android 2.3 Gingerbread, dan membawakan pelbagai perkara menarik yang lain.
Melalui peranti yang baru diperkenalkan itu, ianya membawakan skrin sentuh Ultra AMOLED seluas 3.8-inci dengan cip pemprosesan 1GHz. Ianya turut memfokuskan kepada jangka hayat bateri, dimana ianya diperkatakan jangka hayat bateri bertahan lebih 20 hingga 30% padanya. Pada masa yang sama, LG Optimus SOL turut sama membawakan kamera 5-megapixel untuk rakaman video dan gambar melaluinya.
Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bilakah LG Optimus Sol ini akan memasuki arena Malaysia, namun mungkin kita boleh nantikannya sebelum penghujung tahun ini.