Cari @ Amanz

Selain daripada kemaskini Symbian Anna untuk Nokia N8, kini Nokia turut sama memperkenalkan kemaskini perisian khas untuk peranti popular itu, yang mana membawakan peningkatan kepada penggunaan kamera padanya. Buat masa ini, kemaskini untuk kamera N8 tersebut boleh didapati melalui Nokia Beta Labs.

Melalui kemaskini khas untuk kamera tersebut, Nokia membawakan perubahan kecil pada antaramuka, membolehkan para pengguna mengawal kamera dengan mudah dan senang. Selain daripada itu, kualiti rakaman video padanya juga turut sama dipertingkatkan, menyokong rakaman video sehingga 30 FPS.

Walaubagaimanapun, untuk menggunakan kemaskini ini, para pengguna Nokia N8 perlu memasang Symbian Anna terlebih dahulu sebelum mengemaskini perisian kamera mereka ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd