Setelah CIMB dan juga Maybank memperkenalkan aplikasi mudah-alih mereka, kini ianya kelihatan yang mana baru-baru ini, Hong Leong Bank turut sama telah melancarkan aplikasi perbankan mudah-alih mereka untuk para pengguna iOS, membolehkan mereka membuat transaksi dengan mudah dari mana jua, terus melalui peranti iPhone, iPod Touch ataupun iPad.
Menariknya adalah dimana ianya turut sama memperkenalkan perkhidmatan perbankan sosial baru, dipanggil Payment Express ataupun PEx dibawah Hong Leong Connect, yang mana membolehkan anda menghantar wang kepada rakan ataupun ahli-keluarga dengan mudah denagn hanya menggunakan nombor telefon mudah-alih mereka, dan tanpa memerlukan nombor akaun bank. Kemudiannya, pengguna tersebut akan menerima sebuah SMS khas dengan maklumat untuk menebus duit tersebut.
Hong Leong Bank juga menawarkan perkhidmatan mereka secara percuma untuk semua pengguna sehingga penghujung November 2011 ini. Caj yang akan dikenakan selepas itu masih tidak diketahui buat masa ini.