Seperti yang dilaporkan sebelum ini, kini Maxis telah pun melancarkan perkhidmatan perkomputeran awan dengan sokongan masa-nyata di Malaysia, iaitu Maxis Cloud. Buat masa ini, ianya disasarkan untuk pengguna perniagaan, dimana melaluinya mereka boleh melakukan pelbagai perkara, daripada menguruskan emel, sehingga ke pengehosan pangkalan data.
Perkhidmatan ini dilancarkan oleh Maxis dengan kerjasama bersama-sama dengan beberapa pihak, termasuk MDeC. Maxis Cloud ini disediakan melalui pusat data Maxis sendiri yang terletak di iCity, dan disambungkan dengan rangkaian 100G.
Sebelum ini, pada awal hari ini, ianya kelihatan Maxis turut sama mula menawarkan perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka kepada para pengguna perniagaan, dan kini dengan Maxis Cloud, ianya memperlihatkan yang mana Maxis mula memberikan perhatian serius kepada bahagian perniagaan satu demi satu.