Nokia Bakal Melepaskan Kemaskini Symbian Belle Dua Hari Lagi?

Nokia Bakal Melepaskan Kemaskini Symbian Belle Dua Hari Lagi?

Diterbitkan pada Ogos 22, 2011 oleh .

Sebelum ini, pada minggu lepas, selain daripada pelancaran rasmi kemaskini Symbian Anna, kemaskini Symbian Belle juga mula tersebar di arena internet. Kini, menariknya kelihatan yang mana Symbian Belle seperti telah sedia untuk dilepaskan, dan Nokia telah pun mulakan pengiraan untuk pelancaran kemaskini Symbian seterusnya itu.

symbian belle

Melalui halaman Facebook Nokia, mereka telah pun mulakan pengiraan untuk kemaskini Symbian yang akan datang, dimana kini ianya memperlihatkan akan dilancarkan dalam tempoh kurang dua hari lagi. Buat masa ini, Nokia masih tidak mengumumkan secara rasminya apakah ianya, tetapi melalui pelbagai perkara yang kelihatan, ianya menunjukkan Symbian Belle.

Mungkinkah ini merupakan hadiah hari Raya daripada pihak Nokia untuk para penggunanya?


TIPS & ULASAN