Projek TouchDroid Ingin Membawakan Android Kepada TouchPad

Projek TouchDroid Ingin Membawakan Android Kepada TouchPad

Diterbitkan pada Ogos 22, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, HP telah pun mengumumkan penghentian pengeluaran tablet dan telefon pintar berasaskan webOS mereka, sekaligus menjadikan masa depan tablet TouchPad tanpa arah. Namun begitu, mungkin kini pemilik TouchPad boleh menarik nafas lega, memandangkan sebuah kumpulan baru sedang membangunkan TouchDroid.

Melalui projek TouchDroid, ianya kelak akan membawakan sistem operasi Android kepada para pengguna TouchPad. Sebagai permulaan, mereka sedang membangunkan TouchDroid berasaskan Android 2.3 Gingerbread.

Walaubagaimanapun, ianya masih tidak diketahui samada adakah ianya akan mendapat maklumbalas positif para pengguna TouchPad, memandangkan webOS merupakan salah satu platform yang amat cantik, dengan pelbagai fungsi yang jauh kehadapan berbanding tablet lain.

Sama-sama kita nantikan perkembangan TouchDroid ini.


TIPS & ULASAN