Carian
Google, Yahoo! Dan Amazon Membida Untuk Pembelian Hulu
August 22, 2011 Aman

Selain daripada pengambil-alihan Motorola Mobility bernilai $12.5 billion yang masih menunggu pengesahan, kini Google turut sama diura-ura akan yang mana gergasi internet itu kini masih mensasarkan untuk pengambil-alihan laman video Hulu. Selain Google, Amazon dan Yahoo! juga merupakan antara yang berminat untuk mengambil-alih Hulu.

Ianya diperkatakan yang mana nilai bidaan untuk pengambil-alihan Hulu sedang berlaku antara $500 juta sehingga $2 billion. Walaubagaimanapun, memandangkan ianya masih lagi dalam proses, angka akhirnya kelak mungkin jauh berbeza.

Dengan pengambil-alihan Hulu, Google mungkin dapat mengintegrasikannya pada pelbagai produk, termasuk pada Android Movies, dan juga YouTube. Pada masa yang sama, Yahoo! turut sama boleh menggunakan Hulu dalam strategi media baru mereka. Amazon mungkin pada masa yang sama, boleh menggunakannya untuk memperluaskan tawaran perkhidmatan mereka.

Berkemungkinan, sekiranya Yahoo! atau Google mengambil-alih perkhidmatan tersebut, kita di Malaysia mungkin dapat menggunakan Hulu dalam masa terdekat. Namun begitu, segalanya masih bergantung pada pemilik akhirnya nanti. Sama-sama kita nantikannya.

Komen