Says.my baru-baru ini telah memperluaskan perkhidmatan mereka ke Amerika Syarikat melalui Says.com yang membawakan konsep baru, dan semestinya ramai tertanya-tanya mengenai pencapaian mereka di Malaysia. Kini sebuah demografik ringkas berkaitan Says.my diperlihatkan, namun ianya tidak dapat dipastikan bilakah tarikh terakhir mereka mengemaskini data tersebut.
Seperti sedia maklum, Says.my menyediakan perkhidmatan pengiklanan melalui media sosial, dan menawarkan ganjaran untuk para pengguna mereka. Sebelum ini, ianya dikenali sebagai YouthSays, dan telah dijenamakan semula awal tahun ini.
Kini, dengan lebih daripada 300,000 orang pengguna, ianya semestinya merupakan salah satu media pengiklanan sosial terbesar di Malaysia, dan ianya kini kelihatan yang mana Says.my mula menawarkan lebih ganjaran untuk para pengguna mereka menarik ahli baru menyertai laman mereka. Sama-sama kita nantikan perkembangan mereka sepanjang tahun ini.