Cari @ Amanz

Sebelum ini pernah dimaklumkan yang mana beberapa peranti Windows Phone Mango bakal diperlihatkan pada 1 September kelak. Kini ianya mula disahkan dengan beberapa laporan awal mengatakan yang mana HTC bakal memperlihatkan beberapa peranti Mango mereka pada tarikh tersebut.

Antara dua peranti Windows Phone Mango yang bakal diperlihatkan oleh HTC adalah HTC Eternity dan juga HTC Omega. Melalui HTC Eternity ianya membawakan skrin seluas 3.7-inci, manakala HTC Omega pula membawakan skrin seluas 4.5-inci. Spesifikasi lain untuknya masih tidak diketahui buat masa ini.

Tarikh pelancaran rasminya juga tidak diketahui buat masa ini. Tetapi, dengan HTC memperlihatkan peranti Mango mereka pada 1 September, berkemungkinan jualan dan pelancarannya tidak akan jauh daripada tarikh tersebut.

Mungkin juga kita akan dapat melihat beberapa pengeluar peranti lain memperkenalkan peranti mereka pada tarikh tersebut, dan salah satunya adalah Samsung yang sudah pun mulakan promosi mereka untuk acara tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd