HP : PC Dan Mesin Pencetak Berasaskan webOS Bakal Diperkenalkan

HP : PC Dan Mesin Pencetak Berasaskan webOS Bakal Diperkenalkan

Diterbitkan pada Ogos 23, 2011 oleh .

Sehingga kini, ianya masih lagi tidak diketahui apakah masa depan webOS. Namun begitu, hari ini melalui sebuah temuramah khas, HP memperkatakan yang mana webOS akan terus disokong, dan platform tersebut akan diperkenalkan pada PC dan juga mesin pencetak tidak lama lagi.

HP TouchPad

Sebelum ini, pada minggu lepas, HP telah pun mengumumkan yang mana mereka tidak lagi akan mengeluarkan tablet dan telefon pintar baru berasaskan webOS. Perkara tersebut sekaligus menjadikan ramai tertanya-tanya mengenai masa depan webOS sendiri. HP turut sama memperkatakan yang mana mereka akan terus mengeluarkan beberapa kemaskini untuk pengguna TouchPad dan telefon pintar webOS dari semasa ke semasa.

Namun begitu, HP sendiri masih tidak ketahui berkenaan dengan masa depan webOS. Berkemungkinan besar mereka akan melesenkannya kepada pengeluar peranti yang lain, membolehkan platform tersebut digunakan pada lebih banyak peranti lagi. HP juga pada masa yang sama turut mengatakan akan melancarkan Pre3 dibeberapa kawasan tidak lama lagi.

Pengumuman HP tersebut turut sama telah memberikan kesan yang baik pada tablet mereka, iaitu TouchPad. Jualan TouchPad akhir-akhir ini melihat mendapat permintaan yang tinggi, memandangkan harganya telah dikurangkan kepada $99 dan pada masa yang sama, menaikkan angka pengguna webOS secara keseluruhannya. Adakah ini salah satu strategi HP untuk meningkatkan angka pengguna webOS? Namun begitu, kesan negatifnya adalah dimana ramai pembangun webOS sedia ada, kini mula beralih kepada Windows Phone dan platform yang lain.


TIPS & ULASAN