Setelah memperkenalkan sokongan carian media terutamanya gambar pada Twitter, dan seterusnya memperkenalkan fungsi memuat-naik gambar melalui perkhidmatan Twitter sendiri, kini mereka terus menambah-baik perkhidmatan tersebut, dan kini para pengguna boleh melihat galleri gambar yang dimuat-naik oleh seseorang pengguna itu.
Melaluinya, ianya akan memperlihatkan 100 gambar terakhir yang pernah di Tweet oleh seseorang pengguna itu samada melalui Twitter, yFrog, TwitPic dan pelbagai perkhidmatan lain, dan diperlihatkan dalam bentuk galeri yang ringkas. Untuk melihatnya, para pengguna hanya perlu ke halaman profail seseorang pengguna, dan seterusnya melihat gambar yang pernah mereka muat-naik dibahagian tepi dengan mudah.
Buat masa ini, perkhidmatan ini sedang diperkenalkan secara berperingkat, dan mungkin anda akan dapat melihatnya bermula daripada esok. Sama-sama kita nantikannya.
We’re rolling out a new feature today. Go to a profile & view images that account has shared on Twitter. More info: http://t.co/2HgSNq9