Cari @ Amanz

Mungkin semua yang mengikuti perkembangan Windows Phone dan juga Xbox ketahui yang mana Microsoft bercadang untuk mengintegrasikan kedua-dua platform ini. Kini, Microsoft sendiri telah memperlihatkan integrasi kedua-dua platform ini dengan penggunaan Kinect melalui aplikasi Kinectimals.

Melalui Kinectimals, ianya membolehkan pengintegrasian permainan antara Windows Phone dan juga Xbox 360 dengan hanya menggunakan kod QR. Ianya mungkin salah satu cara yang bakal diperkenalkan oleh Microsoft untuk mengintegrasikan kedua-dua platform tersebut, dan mungkin lebih banyak cara akan diperkenalkan dalam masa akan datang.

Buat masa ini, Microsoft masih lagi belum melancarkan Kinectimals untuk Windows Phone. Namun, berkemungkinan mereka akan melancarkan aplikasi tersebut tidak lama lagi, dan semestinya amat dinantikan oleh para pengguna Xbox dan juga Windows Phone.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd