Microsoft Mengesahkan Dan Memperlihatkan Sokongan USB 3.0 Pada Windows 8

Diterbitkan pada Ogos 23, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sebelum ini, Amanz pernah melaporkan yang mana Windows 8 bakal menyokong USB 3.0 sepenuhnya. Kini melalui sebuah video khas, Microsoft sendiri memperlihatkan sokongan tersebut, dan pada masa yang sama menunjukkan yang mana anda boleh menghantar fail dengan lebih pantas melaluinya berbanding USB 2.0.

Melalui USB 3.0, ianya diperkatakan yang mana menyokong penghantaran dan penerimaan fail lebih 10 kali ganda lebih pantas berbanding USB 2.0, dengan kelajuan sehingga 5Gbis/s. Ramai pengeluar peranti sendiri sudah mula menyokong dan mengintegrasikan USB 3.0 pada peranti mereka, sekaligus memperlihatkan yang mana ianya bakal digunakan secara lebih meluas ketika Windows 8 dilepaskan pada tahun hadapan kelak.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami