Kita sebagai manusia biasa, sering melakukan kesilapan dimana jua, dan kini DiGi memperkenalkan kempen yang dinamakan sebagai Dear Malaysians, dimana melaluinya para pengguna boleh menyertai dengan menyampaikan ucapan maaf mereka, samada melalui Facebook ataupun Twitter.
Untuk menjayakannya, mereka turut sama menyediakan sebuah aplikasi khas, dan melaluinya para pengguna boleh menyampaikan pelbagai ucapan, termasuk menghantar e-kad raya mereka tersendiri. Sehingga artikel ini ditulis, sebanyak lebih kurang 99 penghantaran mesej telah diterima melalui aplikasi Facebook yang disediakan oleh DiGi itu.