Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan kemaskini peranti untuk keluarga Bold dan juga Torch, kini RIM turut sama memperkenalkan kemaskini untuk keluarga Curve, dimana sebanyak tiga peranti BlackBerry Curve baru diperkenalkan, iaitu Curve 9350, 9360 dan juga 9370. Masing-masing semuanya membawakan sistem operasi BlackBerry 7 OS bersama-sama dengannya.

Ketiga-tiga peranti baru ini turut sama membawakan sokongan NFC padanya membolehkan peranti tersebut dihubungkan dengan aplikasi NFC yang lain dengan mudah. Selain daripada itu, dengan BB OS 7, ianya turut membawakan integrasi sosial yang lebih mendalam, membolehkan anda berkongsi pelbagai perkara melalui BBM, dan pelbagai aplikasi yang lain.

Dari segi spesifikasi, ianya membawakan skrin seluas 2.44″ dengan resolusi 480×360 pixel dengan sokongan HVGA+, kamera 5-megapixel, cip pemprosesan 800MHz dan juga sokongan NFC.

Keluarga baru Curve ini dijangka akan mula dijual bermula daripada bulan September ini bersama-sama dengan peranti BB OS 7 yang lain. Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd