Apple Sedang Membangunkan iPhone 4 Versi 8GB

Apple Sedang Membangunkan iPhone 4 Versi 8GB

Diterbitkan pada Ogos 23, 2011 oleh .

Seperti mana pernah diura-ura akan sebelum ini, kini beberapa pengeluar untuk Apple diperkatakan sedang dalam proses membangunkan iPhone 4 yang lebih murah, dengan hanya menawarkan ruangan storan sebesar 8GB. Ianya diperkatakan salah satu syarikat di Korea kini terlibat dengan pengeluaran tersebut.

Buat masa ini, Apple masih tidak mengeluarkan sebarang komen berkenaan dengannya. Pada masa yang sama, sumber yang sama turut mengatakan yang mana Apple mungkin akan memperkenalkan iPhone 4 versi 8GB itu dalam masa beberapa minggu lagi, berkemungkinan bersama-sama dengan pelancaran iPhone 5.

Dengan adanya iPhone 4 8GB, ianya kelak akan membolehkan para pengguna untuk memiliki peranti tersebut pada harga yang lebih murah, sekaligus membolehkan Apple memperluaskan pasaran telefon pintar mereka dilebih banyak negara dan kawasan lagi.

Pada masa yang sama, ianya turut diperkatakan yang mana Apple bakal melancarkan iPhone generasi baru mereka, iaitu iPhone 5 pada penghujung September kelak.


TIPS & ULASAN