Cari @ Amanz

Sepertimana yang kami perkatakan tempoh hari, hari ini secara rasminya Research In Motion telah pun melancarkan 4 peranti BlackBerry OS 7 di Malaysia, yang mana ianya bakal mula dijual tidak lama lagi, bermula dengan Bold 9900 pada 15 September kelak.

Peranti yang dilancarkan oleh RIM untuk pasaran Malaysia adalah termasuk BlackBerry Bold 9900, BlackBerry Torch 9860, BlackBerry Torch 9810 dan juga peranti yang baru diperkenalkan pada hari ini, iaitu BlackBerry Curve 9360.

Keempat-empat peranti ini membawakan dan menggunakan sistem operasi terkini daripada BlackBerry, iaitu BlackBerry OS 7, yang mana membawakan beberapa perkara baru, termasuk pelayar web yang lebih 40% lebih pantas, sokongan animasi dan Liquiq Graphics, serta pada masa yang sama turut membawakan sokongan Augmented Reality bersama-sama dengannya.

Buat masa ini, hanya harga BlackBerry Bold 9900 sahaja diketahui, iaitu RM2188 dan akan mula dijual oleh Celcom, DiGi, dan Maxis dengan tawaran pakej masing-masing bermula daripada 15 September kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd