Cari @ Amanz

Seperti yang pernah kami jangkakan, kini ianya kelihatan yang mana DiGi bakal mula menawarkan HTC Evo 3D kepada para penggunanya melalui sebuah pakej khas tidak lama lagi. Buat masa ini, HTC Evo 3D ditawarkan oleh Cubic Platforms dan juga beberapa pengedar rasmi HTC yang lain pada harga RM2199 tanpa sebarang kontrak.

HTC Evo 3D merupakan telefon pintar 3D pertama daripada pengeluar peranti Taiwan, HTC, dimana melaluinya, ianya membawakan Android 2.3 Gingerbread, dengan prosessor selaju 1.2GHz. HTC Evo 3D turut sama membawakan sokongan rakaman 3D dalam bentuk imej dan juga video.

Untuk pengguna Malaysia, HTC Evo 3D turut didatangkan bersama-sama dengan 3 permainan dalam bentuk 3D, dan juga satu filem 3D, iaitu filem Green Hornet bersama-sama dengannya secara percuma.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd