Akhir-akhir ini, pelbagai berita tipu tersebar di arena internet, melalui para penulis blog yang tidak bertanggunjawab, menyebarkan perkara yang tidak benar. Untuk mengatasi perkara ini berterusan, kerajaan kini telah meminta SKMM untuk menyemai disiplin dalam menulis dikalangan para penulis tempatan.
Pada masa yang sama, SKMM turut sama diminta untuk mengambil tindakan terhadap para penulis blog yang menyebarkan fitnah dan berita tidak benar di dunia siber ini. Kerajaan juga meminta para mangsa yang pernah terlibat dalam kes-kes yang seumpama dengannya untuk hadir melaporkan perkara tersebut, selain pada masa yang sama memfailkan saman ke atas penulis blog yang terlibat.
Sebelum ini, beberapa minggu yang lepas, artikel tuduhan terhadap seorang gadis tersebar meluas, selain beberapa laporan mengenai putaran bulan, serta beberapa kes melibatkan ahli poilitik tersebar meluas di arena siber, akibat daripada para penulis blog yang tidak bertanggungjawab dalam mengesahkan informasi yang mereka terima.