Cari @ Amanz

Melalui Google Earth, Google telah pun memudahkan pengembaraan terus melalui pelayar web, dan hari ini, mereka terus menambah koleksi bangunan dalam bentuk tiga dimensi, dimana hari ini Google secara rasminya mengumumkan penambahan Rome dalam bentuk 3D dalam aplikasi Google Earth.

Semestinya dengan penambahan bandar baru ini, ramai yang kini boleh mengembara ke bandar di Itali itu dengan mudah terus melalui pelayar web ataupun melalui aplikasi Google Earth sendiri. Menariknya adalah, kemaskini Rome dalam 3D ini merupakan salah satu penambahan kepada fungsi sedia ada, dimana para pengguna boleh melihat bandar Rome lama seperti mana pada tahun 320.

Pada masa yang sama, bagi para pengguna yang gemar membangunkan bangunan dalam bentuk 3D mungkin boleh mencuba Google SketchUp, dan membangunkan bangunan anda melaluinya. Google SketchUp juga dipergunakan oleh Google sepenuhnya dalam menjadikan Rome dalam 3D ini salah satu projek yang berjaya. Menarik bukan?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd