Perubahan Pada Antaramuka Windows Explorer Di Windows 8 Mula Kelihatan

Perubahan Pada Antaramuka Windows Explorer Di Windows 8 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Ogos 23, 2011 oleh .

Awal pagi ini, Microsoft telah pun memperlihatkan sokongan USB 3.0 pada Windows 8. Menariknya beberapa pembaca Amanz telah pun mengenal-pasti beberapa perubahan kecil pada antaramuka Windows Explorer yang diperlihatkan, berkemungkinan akan diperkenalkan pada sistem operasi Windows 8 kelak.

Melaluinya, ianya kelihatan yang mana Windows 8 menguji nama pada title-bar yang dipertengahkan, berbeza dengan sistem operasi Windows sebelum ini. Pada masa yang sama, ianya juga kelihatan terdapat anak panah ke-atas bersebelahan dengan bar direktori pada Windows Explorer.

Berkemungkinan perkara ini masih lagi pada peringkat awal ujian, dan mungkin tidak akan diperkenalkan pada versi akhir kelak, dan mungkin juga ianya akan diperkenalkan. Mungkin kita akan dapat ketahui dan melihat lebih banyak perubahan pada Windows 8 kelak apabila Microsoft melancarkan versi pembangunannya kepada umum pada pertengahan bulan hadapan. Sama-sama kita nantikannya.

Terima kasih kepada Arif dan Azah


TIPS & ULASAN