Android Market 3.1.3 Membawakan Beberapa Perubahan Dan Penambahan Baru

Diterbitkan pada Ogos 24, 2011. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Akhir-akhir ini Google telah memperkenalkan beberapa kemaskini untuk Android Market, dan hari ini, Android Market 3.1.3 telah pun dilepaskan, membawakan beberapa perubahan padanya, termasuk penggunaan ikon yang serba baru, dan juga pengintegrasian sokongan Google +1 padanya.

Sokongan +1 telah pun diperkenalkan kepada pengguna Android Market versi web sebelum ini, dan kini ianya diintegrasikan pada pengguna Android. Selain daripada itu, Android Market 3.1.3 turut sama membawakan sokongan PIN untuk pembelian, sekaligus memudahkan urusan pembelian, dan lebih selamat berbanding penggunaan Google CheckOut.

Para pengguna yang berminat boleh memuat-turun fail *apk untuk Android Market 3.1.3 sementara Google memperkenalkannya secara berperingkat kepada semua.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami