Carian
Pusat Membeli-Belah Bakal Diperkenalkan Secara Maya?
August 24, 2011 Aman

Kini, pembelian melalui internet sememangnya telah menjadi mudah, dan para pengguna tidak lagi perlu keluar rumah untuk membeli barangan lagi. Pelbagai perkara ditawarkan terus melalui pelayar web, daripada barangan dapur, sehinggalah ke kasut dan pakaian. Dan menariknya, kini sebuah video khas diperlihatkan menunjukkan pembelian alam maya dalam bentuk lebih menarik lagi.

Melaluinya, ianya menunjukkan yang mana sebuah pasaraya direkabentuk dalam bentuk maya, membolehkan para pengguna melayari, serta pada masa yang sama terus mencuba barangan tersebut terus melalui komputer mereka, dan tidak lagi perlu keluar rumah untuk ke pasar raya.

Mungkinkah ianya akan dilaksanakan pada masa akan datang? Bagaimana pula sekiranya ianya diintegrasikan bersama-sama dengan Kinect, dan memudahkan lagi urusan pembelian kita? Menarik bukan?

Kemaskini : Tesco di Korea Selatan telah mencuba salah satu perkara menarik bagi memudahkan pembelian, iaitu dengan menggunakan kod QR dan pembelian melalui telefon pintar. (Terima kasih Hazriq)

Komen