Walaupun Windows Phone Mango belum dilancarkan kepada semua, kini informasi berkaitan generasi Windows Phone akan datang, iaitu Tango sudah pun mula kedengaran, dan dikongsikan sendiri oleh Microsoft melalui sebuah seminar khas di Hong Kong. Seperti diperkatakan sebelum ini, Tango hanyalah kemaskini kecil, berkemungkinan seperti NoDo sebelum ini.
Pada masa yang sama, ianya turut diperkatakan yang mana Tango adalah kemaskini kecil untuk Mango, dan dibangunkan khas untuk negara membangun seperti China, India dan negara-negara lain yang sering diabaikan, dan melaluinya ianya akan menumpukan untuk mempromosikan perkhidmatan seperti Bing dan sebagainya.
Selain daripada itu, Tango juga akan menjadi alternatif baru, dimana ianya akan ditawarkan secara lebih murah, dan membolehkan lebih ramai pengguna mampu untuk memiliki telefon pintar Windows Phone dinegara-negara membangun ini.
Ianya sekaligus memperlihatkan usaha para pembangun peranti untuk menumpukan kepada mereka yang berpendapatan rendah, dan negara-negara membangun yang sering terlepas pandang. Buat masa ini, Android menjadi salah satu platform yang digunakan oleh pembangun dan pengeluar peranti dinegara-negara tersebut. Sebelum ini, ianya turut diperkatakan yang mana Apple turut sama akan mengeluarkan iPhone 8GB yang lebih murah menumpukan pasaran-pasaran ini yang masih belum diteroka.