Facebook Kini Memberi Lebih Kawalan Keatas Perkongsian Dan Privasi

Facebook Kini Memberi Lebih Kawalan Keatas Perkongsian Dan Privasi

Diterbitkan pada Ogos 24, 2011 oleh .

Facebook boleh diperkatakan menerima tekanan tinggi dengan pengenalan fungsi Circles pada Google+. Kini, pada hari ini, Facebook memperkenalkan beberapa perubahan pada laman sosial mereka, membawakan sokongan privasi dan perkongsian ke tahap yang tinggi lagi, membolehkan pengguna mengawal pelbagai informasi yang dikongsikan berkaitan mereka dengan lebih mudah.

Salah satu perkara baru yang diperkenalkan adalah kebolehan untuk menyemak dulu tag-tag berkaitan anda sebelum ianya diperlihatkan pada bahagian profail. Melaluinya, anda dapat mengawal lebih mudah berkaitan apa yang diperlihatkan berkaitan anda, selain pada masa yang sama, anda boleh mengawal informasi yang anda tidak ingin perlihatkan seperti gambar, video, lokasi dan sebagainya.

Selain daripada itu, anda juga kini boleh menetapkan semua informasi yang anda kongsikan samada untuk tatapan umum, rakan-rakan ataupun mengikut tetapan peribadi anda sendiri. Ianya termasuk informasi seperti nombor telefon dan sebagainya, sekaligus memudahkan dan meyakinkan anda lagi untuk berkongsi informasi melalui Facebook.

Facebook juga pada masa yang sama, kini membolehkan anda mengubah tetapan kemaskini status anda sebelum ini, membolehkan anda mengubah informasi dan kemaskini status yang pernah anda kemaskini sebelum ini dengan mudah.

Selain daripada itu, kemaskini yang diperkenalkan oleh Facebook hari ini juga membawakan sokongan lokasi yang lebih menyeluruh pada platform mereka, dimana kini ikon Facebook Places diperlihatkan pada kotak kemaskini status, lebih kurang sama seperti yang dilihatkan pada Twitter.

Fungsi ini akan diperkenalkan secara berperingkat sepanjang minggu ini kepada semua pengguna Facebook seluruh dunia.

Tips awal daripada Tarmizi


TIPS & ULASAN