Carian
Google Mula Menggunakan URL Ringkas g.co Pada Google Maps
August 24, 2011 Aman

Setelah mula memperkenalkan perkhidmatan peringkas URL untuk para pengguna umum melalui goo.gl, kini Google turut sama mula menggunakan URL g.com mereka, dimana kini URL tersebut digunakan oleh Google sebagai peringkas URL untuk perkhidmatan popular mereka – Google Maps.

Bermula daripada hari ini, para pengguna boleh mendapatkan URL ringkas untuk sesuatu lokasi dengan mudah dan senang, kemudiannya berkongsi URL tersebut melalui sebarang perkhidmatan dengan mudah, dan tidak lagi perlu menggunakan URL yang panjang lebar seperti sebelum ini.

Berkemungkinan besar, pada masa yang sama, URL g.co ini juga bakal digunakan oleh Google dalam lebih banyak perkhidmatan mereka tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

Komen