Twitter Mula Mengaktifkan Fungsi HTTPS Sebagai Pilihan Utama Untuk Pengguna

Twitter Mula Mengaktifkan Fungsi HTTPS Sebagai Pilihan Utama Untuk Pengguna

Diterbitkan pada Ogos 24, 2011 oleh .

Sehingga kini, penggunaan HTTPS pada Twitter perlu dilakukan secara manual dengan mengubah tetapan pada laman Twitter.com. Namun begitu, berkemungkinan perkara ini berubah tidak lama lagi, dimana kini Twitter sendiri dilihat telah mula mengaktifkan fungsi tersebut kepada beberapa pengguna sebagai pilihan utama mereka.

Dengan penggunaan HTTPS, ianya membawakan sokongan perlindungan yang lebih tinggi berbanding biasa, selain pada mana melindungi akaun daripada dicerobohi dengan mudah menggunakan beberapa aplikasi seperti FireSheep dan lain-lain.

Bagi yang tidak sabar menantikan untuk Twitter mengaktifkannya untuk mereka, anda sendiri boleh boleh mengaktifkannya dengan mudah secara terus melalui halaman tetapan pada Twitter, dan lebih melindungi akaun anda berbanding kebiasaannya.

We suggest using HTTPS for improved security. We’re starting to turn this on by default for some users. More here: http://t.co/p1HWKpVless than a minute ago via web Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN