Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan Firefox 6 kepada umum, serta pelancaran Firefox 7 Beta dan juga Firefox 8 Aurora, kini Mozilla turut sama telah mengemaskini saluran Nightly mereka secara rasminya, membolehkan para pengguna Windows, Linux dan juga Mac menguji versi pembangunan terawal Firefox 9 yang bakal dilancarkan dalam masa 18 minggu lagi.

Firefox Australis

Melalui Firefox 9, salah satu perkara dan perubahan utama yang dijangka akan diperkenalkan adalah dari segi antaramuka dan rekabentuk pelayar web-nya. Sebelum ini sendiri, Mozilla telah memperlihatkan beberapa konsep awal untuk pelayar web mereka, namun masih belum disahkan sepenuhnya buat masa ini.

Bagi yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 9 Nightly daripada halaman rasminya, dan mula mengujinya hari ini. Buat masa ini, tiada sebarang perubahan drastik yang didatangkan bersama-sama dengannya, memandangkan ianya masih lagi versi pembangunan awal.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd