Photovine Versi Android Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Photovine Versi Android Bakal Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Diterbitkan pada Ogos 24, 2011 oleh .

Sehingga kini, Photovine untuk para pengguna iOS tempatan masih lagi belum diperkenalkan, dan masih lagi dikhaskan untuk para pengguna Amerika Syarikat. Namun begitu, kini ianya dilihat yang mana pembangun Photovine telah pun mulakan pembangunan versi Android, dan bakal melancarkannya tidak lama lagi.

Ianya tidak diketahui bilakah versi Android akan dilancarkan, tetapi ianya dilihat mereka sudah pun memulakan carian pengguna untuk ujian beta. Pada masa yang sama, dengan pengenalan fail *APK untuk Android, berkemungkinan ianya akan dapat digunakan oleh semua pengguna diseluruh dunia, sekaligus menambah angka pengguna Photovine dengan lebih drastik dan pantas lagi.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui bilakah ujian beta untuk Photovine versi Android akan dimulakan, tetapi ianya dijangka tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

Waiting for Photovine Android? Tweet #PVandroid to find your cohort. We might even choose you for beta testing!less than a minute ago via HootSuite Favorite Retweet Reply


TIPS & ULASAN