Lanjutan daripada semalam, hari ini Microsoft memperlihatkan lagi beberapa perubahan yang bakal diperkenalkan pada Windows 8 kelak melalui proses pengurusan fail mereka, termasuk beberapa fungsi popular seperti salinan, dan juga perpindahan fail dari satu lokasi ke lokasi yang lain.
Sebelum ini, Microsoft telah pun memperlihatkan sokongan USB 3.0 pada Windows 8. Melalui video terbaru ini, mereka memperlihatkan yang mana melalui Windows 8 kelak, para pengguna boleh menguruskan semua kegiatan salinan mereka terus melalui satu tetingkap sahaja, dan bukannya tetingkap yang berbeza seperti sebelum-sebelum ini.
Pada masa yang sama, tetingkap pengurusan dialog konflik juga diubah dan berbeza berbanding pada Windows 7. Sekiranya sebelum ini anda perlu menetapkan satu demi satu untuk proses yang sama, kini anda boleh melakukannya semuanya pada masa yang sama, sekaligus menjimatkan masa, dan proses perpindahan itu sendiri.
Mungkin dalam hari-hari akan datang, mungkin Microsoft akan memperkenalkan lebih banyak perubahan pada Windows 8 satu demi satu. Sama-sama kita nantikannya.