Seperti sedia maklum, Samsung ingin memperkenalkan sesuatu yang baru dan menarik pada 1 September kelak. Kini, lebih kurang seminggu sebelum acara tersebut, Samsung melancarkan 4 peranti baru dibawah keluarga Galaxy, iaitu Galaxy W, Galaxy M Pro, Galaxy Y dan juga Galaxy Y Pro.
Melalui Samsung Galaxy W, Samsung menawarkan skrin seluas 3.7-inci dengan sokongan sentuhan, menggunakan Android 2.3 Gingerbread, cip pemprosesan selaju 1.4GHz, dan juga kamera 5-megapixel.
Samsung Galaxy M Pro pula lebih ditujukan kepada pengguna perniagaan, dimana ianya membawakan skrin sentuh dan juga papan kekunci QWERTY, menggunakan Android 2.3 Gingerbread, cip pemprosesan 1GHz, dan juga kamera belakang 5-megapixel serta kamera hadapan VGA untuk panggilan video.
Samsung Galaxy Y pula membawakan skrin sentuh penuh seluas 3-inci dengan resolusi 320×240 pixel, serta membawakan cip pemprosesan 832MHz serta menggunakan Android 2.3 Gingerbread serta didatangkan bersama-sama dengan kamera 2-megapixel. Berkemungkinan ianya akan menjadi salah satu telefon Android keluaran Samsung yang paling murah dipasaran.
Samsung Galaxy Y Pro pula membawakan papan kekunci QWERTY dan juga skrin sentuh sama seperti M Pro, dan turut menggunakan Android 2.3 Gingerbread, kamera 2-megapixel, cip pemprosesan 800MHz dan lain-lain fungsi asas telefon pintar.
Buat masa ini, harga dan tarikh jualannya di Malaysia masih lagi belum diketahui lagi.