Cari @ Amanz

Nampaknya, Celcom mungkin menjadi yang terawal untuk menawarkan peranti BlackBerry Bold 9900 dan juga BlackBerry Torch 9810 di Malaysia, apabila kini diura-ura akan yang mana Celcom berkemungkinan akan mulakan tawaran mereka seawal penghujung minggu ini kelak.

Celcom BlackBerry 7

Pada masa yang sama, MalaysianWireless turut sama memperlihatkan pakej yang bakal ditawarkan oleh Celcom, dimana BlackBerry Bold 9900 ditawarkan pada harga serendah RM1638 bersama-sama dengan pakej Celcom RM168 sebulan dengan kontrak selama 12 bulan. BlackBerry Torch 9810 pula ditawarkan oleh Celcom pada harga serendah RM1588 dengan pakej yang sama.

Untuk makluman semua, sebelum ini, Brightstar telah memperlihatkan yang mana BlackBerry Bold 9900 akan membawakan harga RM2188, manakala BlackBerry Torch 9810 akan berharga RM1988 di pasaran tempatan. Buat masa ini, masih tiada kemaskini rasmi daripada laman Celcom.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd