Seperti mana yang dinantikan sebelum ini, kini Nokia telah pun melancarkan tiga peranti Nokia baru menggunakan platform mereka terkini, iaitu Symbian Belle. Tiga peranti baru yang dilancarkan hari ini oleh Nokia adalah Nokia 600, Nokia 700 dan juga Nokia 701.
Melalui Nokia 700, ianya membawakan cip pemprosesan sepantas 1GHz, sokongan daya tahan bateri selama 7.3 jam, kamera 5-megapixel, dan juga skrin seluas 3.2-inci. Melalui Nokia 700 juga turut sama membawakan sokongan NFC. Ianya didatangkan dalam empat variasi warna, dan akan mula dijual tidak lama lagi. Harga jualan di Malaysia masih lagi tidak diketahui buat masa ini.
Selain daripada Nokia 700, Nokia turut sama menawarkan Nokia 701 yang mana membawakan cip pemprosesan 1GHz, kamera 8-megapixel dibelakang da juga kamera hadapan 2-mgepixel, dan juga sokongan rakaman HD.
Melalui Nokia 600 pula, Nokia menjenamakannya sebagai telefon paling berbunyi kuat, membawakan cip pemprosesan 1GHz, radio-FM terbina, kamera 5-megapixel, dan juga sokongan rakaman video HD.
Harga jualan untuk setiap peranti masih lagi tidak diketahui, tetapi apa yang menariknya adalah dimana setiap satunya membawakan Symbian Belle bersama-sama dengannya.