Cari @ Amanz

Bersama-sama dengan pelancaran peranti baru Nokia, Nokia turut mengumumkan sistem operasi generasi baru mereka, iaitu Symbian Belle. Melaluinya, ianya membawakan beberapa fungsi dan perkara baru pada Symbian, dan membawakan pelbagai penambahan pada platform Symbian.

Melalui Symbian Belle, Nokia membawakan pelbagai penambahan, termasuk lebih sokongan kepada widget, dimana kini ianya kelihatan lebih menarik. Belle juga turut sama membawakan skrin utama yang lebih, membolehkan anda menambah widget-widget kesukaan anda dengan mudah, semaksima yang mungkin.

Pada masa yang sama, Symbian Belle turut sama membawakan beberapa rekabentuk menyerupai MeeGo pada Nokia N9, serta sokongan navigasi yang ditambah-baik berbanding sebelum ini. Bagi peranti-peranti yang mempunyai sokongan NFC, ianya turut diintegrasikan dengan lebih mendalam pada Symbian Belle.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui bilakah ianya akan diperkenalkan untuk para pengguna Anna sedia ada, tetapi Nokia telah pun melancarkan hampir 3 peranti baru bersama-sama dengan pengumuman ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd