Cari @ Amanz

Bersempena dengan musim perayaan, terutamanya Hari Raya Aidilfitri, kini Carrefour menjalankan sebuah peraduan ringkas melalui sebuah aplikasi khas, iaitu aplikasi WHOlah, dimana melaluinya, anda hanya perlu melakukan tekaan nama rakan-rakan anda berdasarkan gambar profail Facebook, dan memenangi pelbagai hadiah menarik melaluinya.

Melalui aplikasi WHOlah ini, para pengguna terlebih dahulu perlu menghubungkan akaun Facebook mereka, dimana seterusnya ianya akan menarik senarai nama rakan-rakan anda dan gambar mereka. Seterusnya, para pengguna akan diberikan masa selama 60 saat untuk meneka dengan tepat seberapa banyak gambar rakan-rakan anda dengan tepat, dan memenangi pelbagai hadiah menarik.

Antara hadiah yang ditawarkan termasuklah keropok Twitsies, Pringles, dan juga coklat Ferrero Rocher. Untuk menebusnya, para pengguna hanya perlu ke cawangan Carrefour berdekatan, dan menebus hadiah disana. Dan memandangkan ianya adalah bersempena dengan Hari Raya, WHOlah ini hanya ditawarkan sehingga 19 September ini, dan hanya untuk pengguna iOS sahaja buat masa ini.

Jadi, apa tunggu lagi?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd