Logo Start Baru Pada Windows 8 Mula Kelihatan

Logo Start Baru Pada Windows 8 Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Ogos 24, 2011 oleh .

Jikalau semalam Microsoft memperlihatkan perubahan pada Windows Explorer secara tersembunyi melalui video mereka, melalui video baru yang dikeluarkan hari ini, Microsoft sekali lagi memperlihatkan salah satu perkara menarik, iaitu logo Start pada Windows 8 yang baru dan berbeza dengan sebelum-sebelum ini.

Logo Start tersebut berkemungkinan masih lagi pada peringkat pembangunan, disebabkan dalam demo yang diperlihatkan, ianya masih memperlihatkan rekabentuk logo Start yang lama.

Selain daripada itu, pada tetingkap Windows Explorer, kini ianya turut sama memperlihatkan pautan pantas seperti mana terdapat pada aplikasi pejabat popular mereka, Microsoft Office.

Namun begitu, memandangkan ianya masih lagi pada peringkat pembangunan, berkemungkinan versi akhir kelak mungkin jauh berbeza berbanding yang diperlihatkan secara tidak sengaja ini. Pada masa yang sama hendaklah diambil-tahu yang mana sehingga kini Microsoft masih lagi tidak memperlihatkan antaramuka Metro mereka selain daripada pada video pertama.


TIPS & ULASAN