Video Konsep iPhone Dengan Projektor Dan Holografik Diperlihatkan

Video Konsep iPhone Dengan Projektor Dan Holografik Diperlihatkan

Diterbitkan pada Ogos 25, 2011 oleh .

Sebelum ini, Mozilla telah memperlihatkan video konsep Seabird yang memperlihatkan sokongan projektor pada telefon pintar, dimana para pengguna boleh melakukan kerja menaip dengan mudah. Kini, salah seorang pereka-bentuk turut sama memperlihatkan konsep yang sama pada iPhone.

Walaupun ianya mungkin kelihatan seperti tidak berasas buat masa sekarang ini, ianya mungkin akan menjadi salah satu kenyataan dalam masa terdekat ini. Apatah lagi, baru-baru ini Apple telah pun dianugerahkan dengan paten untuk projektor pada peranti mereka.

Apa komen anda mengenai video konsep ini?


TIPS & ULASAN